Tahun 2020 bukanlah tahun yang menarik dan gemilang seperti apa yang diharapkan/ digembar-gemburkan.
Dunia diserang wabak Covid-19 yang berasal dari negara China, lalu tersebar ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali.
Untk mengekang penularannya, tindakan drastik di ambil oleh kepimpinan negara dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jadinya, Nurishak Clan tidak dapat pulang kerumah orang tua di Taman Puteri, Kluang selama 3 bulan kerana tedepat sekatan merentas negeri. Video Call sahaja cara mengubati rindu. Walaubagaimanapun, adik beardik yg berada di sekitar Johor dan Selangor, dpt saling bantu membantu antara kami.
Ramai terkesan daripada segi kewangan di mana kita terpaksa berkerja daripada rumah dan juga terpaksa bersetuju dengan potongan gaji akibat daripada impak ekonomi negara. Sementara sektor kesihatan dan pertahanan tetap perlu menjalankan tugas seperti biasa.
Video Calling:Di rumah kaksyu, anak2 dilatih untuk berpuasa (PKP berterusan hingga bulan puasa dan hari raya)
No comments:
Post a Comment