Aug 25, 2020

NurIshak's Clan..Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan - PKPP

Masuk Bulan July 2020 sehingga end of August 2020, Malaysia dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP.

Kes Covid-19 di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya dan pkpp mungkin akan dilanjutkan, Kes jangkitan di seluruh dunnia juga masih bertambah menyebabkan oversea travelling tidak dibenarkan. Wlau bagaimanapun, laangan merentas negeri sudah di tamatkan pada fasa ini dan domestic travelling/ bercuti adalah digalakkan.

Share sikit ape Family NurIshak buat wktu fasa PKPP ini..

Makan Luar....Sushi King tempat kegemaran Isa Ishak..

Balik tman puteri...Gmbar dengan abah...Kebiasaannya di tempat solat....syariah byk bganbar dgn anak buah dgn cara yg kreatif (kratif la kot)...


Wearing mask - a new normal
Decorating Cookies - Aktiviti di rumah Ana sewaktu kunjungan kaksyu dan irah ke rumah..

Playground Dan Pantai...

Little Haj Kids..



- Ana The Gorgeous -

Aug 15, 2020

Hari Raya Aidilfitri 2020 - Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 merupakan antara yang akan memahat sejarah di minda semua orang kerana Malaysia masih meletakkan halangan merentas negeri dalam fasa PKPB memerangi virus Covid-19, 

Oleh itu, pengumpulan keluarga secara besar-besaran tidak dapat di lakukan dan pergerakan yang terhad hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja. Majoriti ahli keluarga di Johor dapat beraya di rumah emak dan abah di Taman Puteri, sementara keluarga kecil leha menyambut hari raya pertama di sebelah mertua di Batu Pahat. Keluarga Ana dan Irah hanya beraya di Selangor dengan kenalan dan keluarga terdekat sahaja.


Sesi solat berjemaah, makan besar dan proses membuat kuih raya di Rumah masih dilakukan seperti stiap tahun. Namun kuantiti dikurangkan dan lebih simple. Aqil dan Adli sudah memasuki fasa yang rajin membantu, lantas mereka membantu proses membuat kuih raya pada tahun ini. Syariah pula sudah daftar nama dalam geng membuat ketupat palas, (kali terakhir hanya fiqa dan abah, kalo x silap yang rajin membuat ketupat palas ini)


Sembahyang raya di Rumah

Bunga Api Timeeee...

Video Call di Pagi Raya

Ziarah Menziarahi megikut undang2 dan ketetapan sepanjang PKPB dan PKPP


- Ana The Gorgeous -