Sep 30, 2015

Pengalaman Honeymoon Di Maldives

Destinasi percutian berbulan madu kami berdua yang baru bergelar suami isteri ~~~~Maldives!!!!

Flight from Kuala Lumpur ke Male City, Maldives (Ibrahim Nasir International Airport) lebey kurang pukul 8mlm, tp dsebbkan 2jam wktu perbbezaan dan pnerbangan mengambil masa 4 jam, kami tiba di maldives pada pkul 9 - 10 mlm. Percutian kali ini merupakan pengalam kali pertama En. ikhwan menaiki kapal terbang..(Wow!!) 
Duit tukaran Madivian Ruffiya (MVR) xde  kt Malaysia, jd kena tuka USD dulu, and then tukar MVR dekat airport Male ---- (Aisshhh,,rugi2)
Disebabkan kami tiba da malam, jd x pegi direct ke pulau percutian....check-in di Seahouse Maldives TopDeck hotel dulu, berdekatan airport (dekat pn x dekat sgt la, kena naik teksi n another boat)
Pengangkutan utama di Maldives ialah Ferry/ boat besar...Pulau nie dekat dgn Sri Lanka, di Inidian Ocean, so just imagine mcm org Sri Lankan je Maldivian nie...

Bangun pagi at Seahouse Maldives Topdeck Hotel, cari ferry untuk ke Maafushi Island 
Pengalaman dan permandangan menaiki feri dlm perjalanan ke Pulau Maafushi
Ketibaan di pulau Maafushi, disambut oleh pekerja Arena Beach Hotel,
tempat kami menghabiskan percutian 4 hari 3 malam. Diorang bawa beg kami
menggunakan storeller old school.
Setibanye di Arena Beach Hotel, En Ikhwan dgan lajunye mengambil gmbar persekitaran tempat honeymoon kami...hotel boleh tahan cantik, selesa dan pemandangan yg menarik. Opposite private beach jd boleh tgok pompuan mat saleh yg berkeliaran berbikini. Actually maldives ialah negara Islam yg melarang pemakain bikini di public beach (Tp private beach boleeeee)
Antara Aktiviti yg kami buat ialah...snorkelling to Banana reef, Turtle Reef, and Sandbank. Malangnya time ktorg snorkelling ni hujan, so xleh nk pegi sandbank n xbpe nk enjoy sgt....
N wktu ni, ringgit da jatuh, n jual beli kt pulau sume pkai USD....byk gk la kne kluar duit.
Breakfast dsediakan oleh hotel, tp lunch n dinner ktorg kne carik sendiri. hotel ktorg dduk to offer dinner buffet yg plg murah kt pualu tu..n mantoppppp..so mkan je kt hotel...
Before, during and after snorkelling
B'rehat2 ala pelancong perasan vogue...hahaha
En Ikhwan dan Pn. Syazana
Gambar pemandangan di Pulau yg cantik2
Ade mcm tokey kapal layar x gaya?
Pemandangan pantai tmp kami beriadah
Pokok plg cantik kt Pulau Maafushi..Sape2 dtg pn harus bgmbr kt pkok ni
Nie saje bosan...pegi bergambar time nk dekat senja
Dinner at tepi pantai and breakfast terakhir sblum balik
lunch terakhir sblum bergerak balik..n posing2 skit tepi pantai bahagia lain plak
nk gk #followme...ngeeee
Balik naik speedboat plak...x larat naik feri da. Feri mengambil masa 3jam++. Speedboat 30 - 45 mnit je...tp penat la menahan mabuk laut...Pastu lama gile nk tgu flight balik malaysia, tiket tgh mlam cmtu..
- Ana The Gorgeous -


Sep 17, 2015

Majlis Penyatuan 2 Hati, 2 Jiwa, Syazana Dan Ikhwanudin 08082015

Pada Tarikh 8 August 2015, Jam 8:30 pagi, bermulalah majlis pernikahan Muhammad Ikhwanudin Bin Baharudin & Nur Syazana Binti Ishak. Majlis ijab kabul tersebut berlangsung di rumah kedua ibu bapa tercinta, En Ishak Bin Man & Pn. Nursyahadu Ong Bak Li Bte Abdullah di Jalan Sutera 4/7, Taman Puteri, Kluang, Johor. Abah sendiri yang mengakadkan pernikahan tersebut dan dengan sekali lafaz, Syazana dan Ikhwan sah bergelar suami isteri.



Majlis yg bertemakan warna putih dan fuschia menaikkan seri pengantin sepanjang pagi tersebut. Tampak anggun dan cantik sekali sewaktu sesi fotografi di luar. 
Gambar sarung cincin dan pakaikan gelang - hdiah dari pengantin lelaki
pelamin nikah from Sireh Junjung JB
Bergambar dgn keluarga, warna putih, champagne, cream
With dedulang girls selepas selesai majlis ijab kabul
Wefie pengantin dn bridesmaid, putih fuschia
Family wefie time - tema baju warna champagne
Selfie sebelum majlis akad nikah bermula
Sesi fotografi selepas nikah - ditemani besties pengantin dgn baju sedondon fuschia
Amik kt simpang jalan masuk Taman puteri jeee...tp cantik gk lpas jd gmbr
Menanti penuh debar - mengharungi process soal jawab sebelum akad nikah bermula
Majlis Persandingan dilangsungkan pada hari yg sama. Baju kedua mempelai bertemakan warna emerald green, pelamin dengan tema putih, krim, gold, silver. Pengantin lelaki berarak masuk pada jam 2:15 petang dan seperti biasa, beliau dihalang oleh beberapa lapis 'tol' dari kalangan sahabat handai dn saudara mara (Johor je ade tol). Kemudian, bacaan doa yg dikepalai oleh adik Muhammad Isa bin Ishak (Kena baiki lagi pembacaan adikku ini), tarian zapin sebanyak 3 lagu, sesi menjamu selera dan potong kek.
Mak Andam, pakaian & pelamin menggunkan khidmat Andaman Sireh Junjung JB
Fotografi daripada The Marksman Photography
Khidmat Katering daripada Tudung Saji Catering, Kluang Johor
Sedikit Feedback mengenai khidmat2 yg diberikan...Sireh Junjung JB sangatlah direkomen, walaupn hrga mungkin agak mahal untuk rate kluang, tp still berpatutan dengan khidmat full package yg diberikan. Khidmat photgraphy pn ok la, x menyesal amik.
Tapi catering tudung saji ni kalo boleh elakkan la yek. Makanan dorang mmg sedap. tapi dr segi jumlah yg dimasak tu mmg ada isu. Bayar untuk 1000 kepala tp masak x smpi pn 1000 (ktorg kira, sbb tu kitorang tawu - ade perasaan x puas ati di sini). Tapi x mengapa, semuanya sudah selesai dan selamat.
 "We both wanna say a very much thank you for all the gifts and contributions during our wedding day. Thanks for all the hard-work from family members, relatives and others to make this a successful event, #wanana88" - Ikhwan & Syaz = Husband & Wife.

Sebagai penutup post kali ini...Lihatlah gambar2 poyo di bawah sewaktu sesi outdoor photoshoot selepas bersanding, at Tasik Kluang.
- Ana The Gorgeous -