Sep 17, 2015

Majlis Penyatuan 2 Hati, 2 Jiwa, Syazana Dan Ikhwanudin 08082015

Pada Tarikh 8 August 2015, Jam 8:30 pagi, bermulalah majlis pernikahan Muhammad Ikhwanudin Bin Baharudin & Nur Syazana Binti Ishak. Majlis ijab kabul tersebut berlangsung di rumah kedua ibu bapa tercinta, En Ishak Bin Man & Pn. Nursyahadu Ong Bak Li Bte Abdullah di Jalan Sutera 4/7, Taman Puteri, Kluang, Johor. Abah sendiri yang mengakadkan pernikahan tersebut dan dengan sekali lafaz, Syazana dan Ikhwan sah bergelar suami isteri.



Majlis yg bertemakan warna putih dan fuschia menaikkan seri pengantin sepanjang pagi tersebut. Tampak anggun dan cantik sekali sewaktu sesi fotografi di luar. 
Gambar sarung cincin dan pakaikan gelang - hdiah dari pengantin lelaki
pelamin nikah from Sireh Junjung JB
Bergambar dgn keluarga, warna putih, champagne, cream
With dedulang girls selepas selesai majlis ijab kabul
Wefie pengantin dn bridesmaid, putih fuschia
Family wefie time - tema baju warna champagne
Selfie sebelum majlis akad nikah bermula
Sesi fotografi selepas nikah - ditemani besties pengantin dgn baju sedondon fuschia
Amik kt simpang jalan masuk Taman puteri jeee...tp cantik gk lpas jd gmbr
Menanti penuh debar - mengharungi process soal jawab sebelum akad nikah bermula
Majlis Persandingan dilangsungkan pada hari yg sama. Baju kedua mempelai bertemakan warna emerald green, pelamin dengan tema putih, krim, gold, silver. Pengantin lelaki berarak masuk pada jam 2:15 petang dan seperti biasa, beliau dihalang oleh beberapa lapis 'tol' dari kalangan sahabat handai dn saudara mara (Johor je ade tol). Kemudian, bacaan doa yg dikepalai oleh adik Muhammad Isa bin Ishak (Kena baiki lagi pembacaan adikku ini), tarian zapin sebanyak 3 lagu, sesi menjamu selera dan potong kek.
Mak Andam, pakaian & pelamin menggunkan khidmat Andaman Sireh Junjung JB
Fotografi daripada The Marksman Photography
Khidmat Katering daripada Tudung Saji Catering, Kluang Johor
Sedikit Feedback mengenai khidmat2 yg diberikan...Sireh Junjung JB sangatlah direkomen, walaupn hrga mungkin agak mahal untuk rate kluang, tp still berpatutan dengan khidmat full package yg diberikan. Khidmat photgraphy pn ok la, x menyesal amik.
Tapi catering tudung saji ni kalo boleh elakkan la yek. Makanan dorang mmg sedap. tapi dr segi jumlah yg dimasak tu mmg ada isu. Bayar untuk 1000 kepala tp masak x smpi pn 1000 (ktorg kira, sbb tu kitorang tawu - ade perasaan x puas ati di sini). Tapi x mengapa, semuanya sudah selesai dan selamat.
 "We both wanna say a very much thank you for all the gifts and contributions during our wedding day. Thanks for all the hard-work from family members, relatives and others to make this a successful event, #wanana88" - Ikhwan & Syaz = Husband & Wife.

Sebagai penutup post kali ini...Lihatlah gambar2 poyo di bawah sewaktu sesi outdoor photoshoot selepas bersanding, at Tasik Kluang.
- Ana The Gorgeous -

2 comments: