Dec 31, 2025

Pemergian Ahli Keluarga Kesayangan: Ujian Redha dari Allah

 Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji‘ūn.

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Pemergian anak/adik/ akak/ mak cik kesayangan, Nur Syariah Bt Ishak adalah satu ujian besar yang Allah titipkan dalam kehidupan ini. Hati terasa amat berat untuk menerima ketentuan, namun kami sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Pencipta-Nya, pada waktu yang telah ditetapkan. [10 Nov. 2025, 12:50am, HSI JB]

Syariah adalah satu amanah yang Allah pinjamkan kepada kami. Kehadirannya membawa kegembiraan, tawa dan kasih sayang yang sukar diungkap dengan kata-kata. Kini, apabila Allah memilih untuk mengambil kembali amanah tersebut, kami hanya mampu menadah tangan, memohon agar Dia mengurniakan kami kekuatan dan kesabaran.

Kesedihan ini tidak mudah untuk dipadamkan. Ada saat air mata jatuh tanpa disedari, ada waktu rindu hadir tanpa dipinta. Namun kami percaya, setiap ujian yang Allah turunkan adalah tanda kasih sayang-Nya, dan setiap kesabaran yang dititipkan akan diganjarkan dengan pahala yang besar.

Kami sentiasa mendoakan agar Allah mengampuni segala dosa Nur Syariah, menerima segala amal kebaikannya, dan melapangkan kuburnya seluas-luasnya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat di sisi-Nya.

Ya Allah, jika arwah pernah berbuat salah, maka ampunkanlah dia. Jika dia pernah berbuat kebaikan, maka terimalah ia sebagai bekalan di alam yang kekal. Kurniakanlah kami, keluarga yang ditinggalkan ini hati yang redha dan iman yang kuat dalam menghadapi ujian ini.

Walaupun Syariah telah pergi dari pandangan mata, namun tidak pernah pergi dari doa dan ingatan kami. Semoga suatu hari nanti, Allah mempertemukan kita kembali di syurga-Nya. Aamiin.

Al-Fatihah.


Dec 25, 2025

Random Updates Before Year End

 Cousins Bonding at Iman Rabbit Farm, Melaka


Some memories from birthday celebrations.

More fun times with cousins:


- Ana The Gorgeous -

Dec 14, 2025

NurIshak's Clan Family Day 2025 - Gopeng Perak

We have pre-book 8 months, for this year family day spot due to the Merdeka Celebration weekend 'Hot Dates', The Himalaya Camp - Gopeng, Perak

Perancangan yang rapi untuk memastikan semua family members dapat ikut serta, namun Allah se-baik2 perancang. Emak, syariah dan syaifah tidak dapat menigkuti percutian kali ini disebabkan Syariah yg kemalangan motosikal, masih berada di hospital pada tarikh tersebut. Ada memikirkan untuk menunda tapi pemilihan tarikh yang baru agak sukar.

Even though everyone is still unsure and shock with Syariah's accident news and condition, we're making the best out of the situation. Using it as opportunity to bond the 3rd generations together, finding solutions and support each other.



- Ana The Gorgeous -