Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

Jul 26, 2023

Malam Hari Raya Aidilfitri, 1444 Hijrah

1 Syawal, 1444 Hijrah - Turn NurIshak Clan beraya complete family members. 

Tapi kite ada sedikit hiccup dgn Ismail yg baru sahaja start kerja, jd dea x dpt balik malam raya. Just nice dpt berkumpul pagi aidlifitri.

Malam ni kite ade aktiviti solat dan takbir hari raya di surau, menyiapkan juadah raya, bermain bunga api, dan makan2 besar.

Menu Mee Kari, roasted chicken, salad potato, spagetthi carbonara, coselow, nasi goreng and fried item.



Popia Ikat dan tart nenas sahaja homemade, kuih raya lain kita tunjuk2. Ketupat, pulut dan rendang pagi raya pastinya homemade.


- Ana The Gorgeous -

Aug 15, 2020

Hari Raya Aidilfitri 2020 - Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 merupakan antara yang akan memahat sejarah di minda semua orang kerana Malaysia masih meletakkan halangan merentas negeri dalam fasa PKPB memerangi virus Covid-19, 

Oleh itu, pengumpulan keluarga secara besar-besaran tidak dapat di lakukan dan pergerakan yang terhad hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja. Majoriti ahli keluarga di Johor dapat beraya di rumah emak dan abah di Taman Puteri, sementara keluarga kecil leha menyambut hari raya pertama di sebelah mertua di Batu Pahat. Keluarga Ana dan Irah hanya beraya di Selangor dengan kenalan dan keluarga terdekat sahaja.


Sesi solat berjemaah, makan besar dan proses membuat kuih raya di Rumah masih dilakukan seperti stiap tahun. Namun kuantiti dikurangkan dan lebih simple. Aqil dan Adli sudah memasuki fasa yang rajin membantu, lantas mereka membantu proses membuat kuih raya pada tahun ini. Syariah pula sudah daftar nama dalam geng membuat ketupat palas, (kali terakhir hanya fiqa dan abah, kalo x silap yang rajin membuat ketupat palas ini)


Sembahyang raya di Rumah

Bunga Api Timeeee...

Video Call di Pagi Raya

Ziarah Menziarahi megikut undang2 dan ketetapan sepanjang PKPB dan PKPP


- Ana The Gorgeous -

Aug 31, 2019

Ramadhan dan Hari Raya 1440H

Official Family Portrait untk tahun ini - 23 headcounts as of now - 15 adults, 8 kids
Agak mustahil untuk mendapatkan gmbr kanak2 pndang elok ke depan semua nya
Tahun ni adalah tahun giliran semua anak2 yg berkahwin beraya di Rumah Mak dan Abah di Taman Puteri.

Aktiviti membuat kuih muih dimulakan lebih awal tapi kita telah limitkan kuantiti dn jenis kuih untk memudahkn semua org, dan juga seperti biasa kaksyu, Ana, Irah akan membeli sedikit kuih untuk tambahan.
Ramai jugk yg masih dlm berpantang tp masing2 melakukan yg terbaik dn saling membantu antara satu sama lain.
Kuih muih diuruskan oleh single2 dlm family (fiqa, syari, syafi, isa, ismail) dan tugasan mereka tlah dibahagikan antara membuat popia ikat, tart nenas, kuih ros dan cornflakes madu.
Tenaga kerja untuk persiapan ketupat nasi - Mak, kaksyu, Ana, irah, (layha n syafiah ketatkan sarung ketupat je)
ketupat palas - bukak daun (abah dn Ikhwan), masuk pulut (fiqa, abah)
Cuci mencuci pastilah yg paling kecil for the 2nd generation - syariah n syafiah,.
Ismail dikira menyumbang dlam aspek masak memasak. Lead tukang masang untuk menu makan besar adalah Amir dn Kaksyu dgn resepi utama tahun ini ialah SHELL OUT!!!. Bahan-bahan shell out diperoleh kebanyakannya dpd Batu Pahat melalui Murihan.
Menu sampingan ialah nasi goreng, ayam, brownies dan kiriman makanan dpd umah Cik Su.
Masakan sos shell out dikira menjadi dn sangat mantap!!!


Sumbangan Mercun dn Bunga Api oleh En. Ikhwan tersayang

Malam raya  - Geng2 menantu dan anak lelaki ikut abah ke surau dgn tema baju jubah hitam. Katanya menjadi perhatian di Surau Taman Puteri pd mlam tersebut. Pagi Raya masing2 mempunyai tema sendiri, merah/hijau, hijau, biru dan kuning.
B'Salam-salaman di pagi raya....
Photoshoot di Pagi Raya

Tidak dilupakan juga, raya tahun ni agak istimewa sebab abah perlu berdikari melayan tetamu ketika ketiadaan mak pd minggu kedua dn ketiga raya. Abah menjamu kawan2 isa yg dtg beraya dgn lauk kari ayam dan ulam-ulaman. Nasi goreng pula untuk sarapan mereka.


Saudara Mara yg dtg berkunjung juga terus dihargai...

Semoga ikatan kekeluargaan terus mekar hingga ke jannah.

- Ana The Gorgeous -